Saturday, April 16, 2011

D'Masiv - Rindu Setengah Mati....



aku dga lagu nie..teringat dkat dia..
lara~apa2 pon..khas tok anda..phm2 je la ea.
lgu nie tok sape..

d'Masiv - Merindukanmu...



aku rindu padamu..

TAJUK HATI SuDa LaRa~

  1. Jika kamu memancing ikan...
    Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
    Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
    Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. ..
    Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
    Dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
  2. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. ..
    Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
    Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
    Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
    Dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.


    Jika kamu menadah air biarlah berpada...
    Jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
    Dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
    Cukuplah sekadar keperluanmu. ..
    Apabila sekali ia retak...
    Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
    Akhirnya ia dibuang...
    Sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
    Mungkin ia masih boleh digunakan lagi...


    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
    Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
    Bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
    Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
    Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
    Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...


    Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
    Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
    Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
    Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
    Terlalu ingin mengejar kelazatan...
    Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
    Kamu akan menyesal...


    Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
    Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
    Menyayangimu. Mengasihimu. ..
    Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
    Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
    Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
    Kamu juga yang akan menyesal.
  3.   Done....abis..sekaian luahan sya pada hari ini.

Saturday, November 20, 2010

21-22hb 2010 tenangkan fikiran di bukit ampang sorang2..

salam..


hari ini ku bnyak masalah di hati..susahku tingal kan apa masalah semua tu.senja tak lama lg..mmbr ku text msg..ajak kuar mlm nie..ku kata tgk la ku pkir2 kan..perh skit kepala..aku wt keputusan tok keluar mlm ini tp sorang je aku kuar..pergi Bukit ampang. disitu amat terang dgn cahaya lampu2 di town kuala lumpur.suasana di aman dan sjok sedap mata memandang..bley ilang segala masalah..aku lepak di situ start kol 10 smpai 4 pg.amat indah..tp syg keadaan di situ bnyak smpah sarap..
tidak sapa2 pon bertanggungjawab

Friday, October 29, 2010

Gio - Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan

kisah kami berdua telah bercerai..seperti lagu ini..
terima kasih atas segala2 nya kepada SARFINAZ AZMI..

Sunday, September 26, 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah




Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥